LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA AUDIT KE UAD

 

YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin merupakan ahli Lembaga Pengarah yang baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi tempoh 2 tahun iaitu dari 15 Mei 2019 sehingga 14 Mei 2022.

Pada 2 Oktober 2019 (Rabu), YBhg. Dato’ Yeow telah melawat ke pejabat Unit Audit Dalam dengan tujuan berkenalan dengan warga UAD serta menyampaikan pesanan dan amanatnya. Beliau berharap dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan kakitangan UAD selain turut mengharapkan juruaudit dapat mempertingkatkan prestasi dalam penyediaan laporan audit yang bukan sahaja pematuhan terhadap peraturan yang digunapakai tetapi mampu memberi nilai tambah kepada organisasi mahupun proses kerja yang diaudit.

Bagi pihak UAD UKM pula, jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin di atas kesudian beliau menghadiri ke pejabat Unit Audit Dalam dan beramah mesra dengan kakitangan UAD.