MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA AUDITI OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA AUDIT UKM (YBHG. DATO’ YEOW WAH CHIN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit Audit Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UAD UKM) telah berjaya menganjurkan Taklimat Bersama Auditi Oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM (YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin) bagi tahun 2024 pada 05 Mac 2024 (Selasa). Taklimat anjuran Unit Audit Dalam ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pihak auditi mengenai peranan UAD dan proses pengauditan yang dijalankan serta kerjasama yang perlu diberikan oleh auditi dalam membantu melancarkan proses pengauditan.
Kumpulan sasaran bagi taklimat ini adalah Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat secara langsung dengan skop pengauditan di Pusat Tanggungjawab (PTJ). Taklimat ini telah berjaya mengumpulkan seramai 37 orang pihak auditi secara keseluruhan bagi program pengauditan tahun 2024.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dan pengenalan ringkas mengenai Unit Audit Dalam oleh Ketua Unit Audit Dalam UKM, disusuli taklimat dan harapan dari Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM terhadap auditi tahun ini. Kemudian sekali lagi Ketua Unit Audit Dalam UKM menyenaraikan program pengauditan bagi tahun 2024 dan prosedur pengauditan bagi memberi sedikit pemahaman kepada auditi. Pada majlis ini, UAD mengambil peluang memperkenalkan Dashboard UAD UKM yang dinamakan Sistem Pengauditan Audit Dalam (SPAD) yang julung kalinya akan digunapakai bagi sesi pengauditan tahun 2024. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab.

UAD UKM berterima kasih kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Audit diatas kesudian meluangkan waktu menghadiri Majlis Taklimat Bersama Auditi Oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM. Penghargaan turut diberikan kepada auditi yang turut sama hadir dan berharap taklimat yang disampaikan dapat meningkatkan pemahaman pihak auditi mengenai peranan UAD dan proses pengauditan yang dijalankan. Kerjasama dari pihak auditi amat diharapkan dalam membantu melancarkan proses pengauditan sepanjang tahun 2024 ini.