MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN (MSP) UAD SESI KEDUA 2022

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam sesi kedua bagi tahun 2022 telah diadakan pada 10 Jun 2023 (Sabtu) bertempat di Kings Green Hotel, Melaka.
Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi Jawatankuasa sepanjang tahun 2022 sehingga Mei 2023. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015 yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.
Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut:
i. Laporan Hasil Audit Dalaman;
ii. Laporan Jawatankuasa Pemantauan CA;
iii. Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
iv. Semakan Kesesuaian Dasar Kualiti, Objektif Kualiti UAD dan Visi & Misi UAD;
v. Laporan Keberkesanan Tindakan Yang Diambil Terhadap Peluang;
vi. Penilaian Keberkesanan Risiko;
vii. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPK;
viii. Perubahan yang memberi kesan kepada SPKPPP;
ix. Semakan senarai dan keperluan pihak berkepentingan;
x. Cadangan Penambahbaikan SPKPPP di UAD

MSP ini melibatkan kakitangan Unit Audit Dalam seramai 17 orang dan seorang pelajar latihan industri. MSP kali ini telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat ini akan diambil tindakan oleh kakitangan/jawatankuasa yang berkaitan.
Selain daripada itu, terdapat juga hasil daripada mesyuarat ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM yang dijadualkan pada 21 Jun 2022. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan MSP ini.