MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN TAHUN 2020 UNIT AUDIT DALAM UKM

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam bagi Tahun 2020 telah diadakan pada 10 Mac 2021 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Keris Perdana, Kolej Keris Mas dan di sambung pada 15 Mac 2021 (Isnin) di Bilik Mesyuarat UAD. Di samping perjumpaan secara bersemuka, mesyuarat juga dilaksanakan melalui atas talian menggunakan Google Meet.

Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi setiap Jawatankuasa yang terdapat di dalam Jawatankuasa Kualiti UAD sepanjang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015 yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.

Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut:
i. Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
ii. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPK;
iii. Perubahan yang memberi kesan kepada SPKP;
iv. Cadangan penambahbaikan SPKP di UAD;
v. Semakan senarai dan keperluan pihak berkepentingan SPKP;
vi. Semakan kesesuaian dasar kualiti dan objektif kualiti SPKP UKM;
vii. Laporan keberkesanan tindakan yang diambil terhadap peluang;
viii. Penilaian keberkesanan risiko – keberkesanan tindakan yang diambil terhadap penentuan risiko dan peluang;
ix. Laporan hasil audit (Dalaman & Luar);
x. Laporan prestasi proses dan pematuhan terhadap produk dan perkhidmatan;
xi. Laporan ketidakakuran dan pembetulan (CA);
xii. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
xiii. Laporan aduan dan maklum balas pelanggan;
xiv. Laporan pengurusan latihan;
xv. Laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
xvi. Laporan Jawatankuasa 5S;
xvii. Laporan Jawatankuasa QAR;
xviii. Laporan Jawatankuasa Laman Web; dan
xix. Laporan penilaian prestasi pembekal.

MSP ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Audit Dalam seramai 19 orang dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat ini akan diambil tindakan oleh kakitangan/jawatankuasa yang berkaitan. Terdapat juga hasil daripada mesyuarat ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM pada 31 Mac 2021.
Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.