MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UAD 2019

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam bagi Tahun 2019 telah diadakan pada 29 Februari sehingga 01 Mac 2020 (Sabtu – Ahad) bertempat di Puncak Inn, Bukit Fraser dan di sambung pada 02 Julai 2020 (Khamis) di Bilik Mesyuarat UAD.

Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi setiap Jawatankuasa yang terdapat di dalam Jawatankuasa Kualiti UAD sepanjang tahun 2019. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015 yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.

Agenda MSP pada kali ini membincangkan perkara-perkara berikut:

  1. Laporan hasil audit;
  2. Laporan prestasi proses dan pematuhan terhadap produk dan perkhidmatan;
  • Laporan ketidakakuran dan pembetulan;
  1. Laporan aduan dan kepuasan pelanggan;
  2. Laporan penilaian prestasi pembekal;
  3. Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
  • Laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  • Laporan pengurusan latihan;
  1. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
  2. Laporan Jawatankuasa 5S;
  3. Laporan Jawatankuasa Laman Web;
  • Laporan Jawatankuasa QAR;
  • Penilaian keberkesanan risiko;
  • Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan SPK; dan
  1. Peluang dan potensi untuk peningkatan.

 

MSP ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Audit Dalam seramai 19 orang dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada mesyuarat ini akan diambil tindakan oleh kakitangan/jawatankuasa yang berkaitan. Terdapat juga hasil daripada mesyuarat ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM pada 16 Mac 2020.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.