MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UAD 2023

 

Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Unit Audit Dalam bagi tahun 2023 telah diadakan pada 02 sehingga 04 Februari 2024 (Jumaat – Ahad) bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang.
Tujuan MSP ini adalah bagi menyemak dan menambahbaik prestasi setiap Jawatankuasa yang terdapat di dalam Jawatankuasa Pengurusan Kualiti UAD sepanjang tahun 2023. Ini adalah selaras dengan kehendak Klausa 9.3 dalam MS ISO 9001:2015 yang memerlukan semakan terhadap sistem pengurusan kualiti untuk memastikan ianya adalah sesuai, mencukupi, berkesan dan selari dengan arah tuju strategik UKM.
Agenda MSP adalah membincangkan perkara-perkara berikut:
i. Semakan isu-isu luaran dan dalaman;
ii. Keperluan sumber untuk mengekalkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK);
iii. Perubahan yang memberi kesan kepada SPK;
iv. Cadangan penambahbaikan SPK di UAD;
v. Semakan senarai dan keperluan pihak berkepentingan SPK;
vi. Semakan kesesuaian dasar kualiti dan objektif kualiti SPK UAD;
vii. Laporan keberkesanan tindakan yang diambil terhadap peluang;
viii. Penilaian keberkesanan risiko – keberkesanan tindakan yang diambil terhadap penentuan risiko dan peluang;
ix. Semakan MyPortfolio;
x. Laporan hasil audit (Dalaman & Luar);
xi. Laporan Jawatankuasa Analisis Data;
xii. Laporan Pemantauan CA;
xiii. Laporan Jawatankuasa Dokumentasi;
xiv. Laporan Jawatankuasa Aduan dan Maklum Balas Pihak Berkepentingan;
xv. Laporan Jawatankuasa Peningkatan Kualiti, Publisiti dan Latihan;
xvi. Laporan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
xvii. Laporan Jawatankuasa 5S/EKSA;
xviii. Laporan Jawatankuasa QAR;
xix. Laporan Jawatankuasa Laman Web;
xx. Laporan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pembekal; dan
xxi. Penambahbaikan Penarafan Audit.

MSP tahun 2023 ini melibatkan kesemua 19 kakitangan Unit Audit Dalam dan berjaya mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi akan diambil tindakan oleh setiap jawatankuasa yang berkaitan. Terdapat juga output daripada mesyuarat ini yang akan dimasukkan sebagai input kepada Mesyuarat Semakan Pengurusan peringkat UKM pada 29 Februari 2024. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.