PENILAIAN QUALITY ASSESSMENT REVIEW (QAR) OLEH THE INSTITUTE OF INTERNAL AUDITORS MALAYSIA (IIAM)

Penilaian Quality Assessment Review (QAR) merupakan satu proses di mana pihak ketiga akan menilai dan mengesahkan aktiviti pengauditan di Unit Audit Dalam (UAD). Salah satu kaedah untuk membuat penilaian dan pengesahan tersebut adalah Self-assessment with Independent Validation (SAIV).

Kaedah SAIV ini melibatkan penilaian kendiri yang dilaksanakan oleh kakitangan UAD sendiri diikuti dengan penilaian dan pengesahan yang dilakukan oleh pihak The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM).

Panel penilai terdiri daripada Puan Norhayati  Baharuddin dari IIAM dan dibantu oleh Puan Nur Miera Kamarudin dari Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia. Penilaian SAIV tersebut telah dilaksanakan dalam tempoh 30 Oktober sehingga 06 November 2023.

Selain daripada semakan dokumen, Puan Norhayati juga telah menemubual YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin, Pengerusi Jawatankuasa Audit UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM, Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari UKM dan YBhg. Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM.

Hasil daripada penilaian QAR tersebut, UAD UKM berjaya memperolehi penilaian keseluruhan ‘Generally Conform’ iaitu patuh kepada International Standards For The Professional Practice Of Internal Auditing (IPPF). Mesyuarat penutup telah diadakan pada 01 Disember 2023 (Jumaat) untuk membincang penemuan serta peluang penambahbaikan yang dicadangkan oleh pihak IIAM.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam memperolehi penilaian ‘Generally Conform’ tersebut. Semoga kejayaan ini memberi galakan untuk meningkatkan nilai tambah kepada UKM.