PERTANDINGAN BOWLING UNIT AUDIT DALAM UKM

Pertandingan bowling peringkat Unit Audit Dalam telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2022 (Sabtu) di The Bowler’s Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 44 orang menyertainya yang terdiri dikalangan kakitangan dan ahli keluarga melibatkan kategori dewasa lelaki, dewasa perempuan dan kanak-kanak di bawah 10 tahun.
Objektif penganjuran adalah sebagai salah satu aktiviti riadah bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan keluarga serta mengurangkan tekanan dalam bekerja.
Pemenang pertandingan bagi kategori dewasa lelaki dan dewasa perempuan telah membawa pulang piala pusingan dan hamper. Manakala untuk kategori kanak-kanak mendapat hamper dan cenderahati.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua kakitangan serta keluarga yang bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada tahun – tahun akan datang.