TAKLIMAT PENGENALAN PELAKSANAAN EKSA DI UAD UKM

Taklimat pengenalan berkenaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Unit Audit Dalam (UAD) telah diadakan pada 31 Julai 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam UKM. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA UKM iaitu Puan Hajah Suzana binti Abu Bakar. Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan mengenai pengenalan pelaksanaan EKSA di Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada Warga Unit Audit Dalam UKM.
Semoga dengan adanya sesi taklimat pengenalan EKSA ini dapat memberikan gambaran dan panduan kepada semua kakitangan UAD untuk menjayakan pelaksanaan EKSA di UAD. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang memberi komitmen dan kerjasama bagi menjayakan taklimat ini serta Jawatankuasa Kualiti UAD yang merealisasikan taklimat ini.