TAZKIRAH MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1445H

Majlis tazkirah sempena menyambut bulan Ramadan telah diadakan pada 07 Mac 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UAD UKM). Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Marzuki Paiizi (Unit Zakat, Pusat Islam Kuala Lumpur). Tujuan tazkirah ini diadakan adalah sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan Tahun 1445H. Antara nasihat yang diberikan oleh ustaz adalah sentiasa menjadi hamba yang bersyukur ke atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, memperbanyakkan ibadah dan merebut sebanyak mana pahala yang boleh dibuat sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba.
Majlis Tazkirah ini adalah salah satu aktiviti di bawah exco kerohanian, Kelab Kebajikan Unit Audit Dalam UKM. Aktiviti ini melibatkan kakitangan di Unit Audit Dalam dan turut hadir adalah Pn. Noora’ashikin Hussien dan Pn. Umei Kalsom Md. Isa yang merupakan mantan kakitangan UAD UKM yang telah bersara.
Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam UKM yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini dan 2 orang mantan UAD UKM yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ilmu pada kali ini.