21 Oktober 2026 – Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC), UKM, menerima kunjungan delegasi BINUS University, Indonesia, bagi membincangkan kolaborasi strategik merangkumi pelaksanaan program bersama, perkongsian kepakaran akademik serta mobiliti pelajar dan staf. Delegasi diketuai oleh YBrs. Dr. Rini Setiowati, Timbalan Rektor, Kolaborasi dan Jaringan Antarabangsa. Kunjungan ini turut menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) sebagai langkah awal memperkukuh kerjasama antara kedua-dua institusi. LoI ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Nazri, Dekan FPSC manakala penyelaras LoI ini ialah YBrs. Dr. Lim Kar Keng, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), FPSC. Semoga kolaborasi ini membuka lebih banyak peluang ke arah kecemerlangan akademik dan jaringan antarabangsa yang mampan.




