MAJLIS MENANDATANGANI MoU ANTARA UKM DENGAN FUJIFILM ASIA PACIFIC PTE LTD

15 Julai 2019 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah berjaya ditandatangani antara FSK UKM dengan FUJIFILM Asia Pacific Pte. Ltd. Majlis telah berlangsung di Bilik Seminar, Aras Bawah, Blok D, Fakulti Sains Kesihatan Kampus Kuala Lumpur. Memorandum persefahaman ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah (Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan dan Industri UKM) dan Mr. Katsunao Nishi, (Pengrus Teknikal Serantau FUJIFILM Asia Pacific). Memorandum ini merangkumi aktiviti penyelidikan, latihan dan seminar dan bengkel terutamanya dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi.

Selain daripada itu, Pusat kolaborasi UKM-FAHLA (FUJIFILM Asia Pacific Healthcare Learning Academy) telah dirasmikan. Pusat kolaborasi ini dijangka akan menganjurkan beberapa siri bengkel berkaitan pengimejan payudara dan pemprosesan imej peringkas asas dan lanjutan dengan mensasarkan kepada juru x-ray, pakar radiologi dan doktor perubatan dalam negara dan di rantau asia pasifik. FUJIFILM Asia Pacific Pte. Ltd. telah memberikan dana sebanyak SGD 10 000 bagi menaik taraf ruangan makmal dan geran dana penyelidikan sebanyak SGD 5000 bagi aktiviti-aktiviti pendidikan berterusan.