Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

Pascasiswazah

Bersama merealisasi impian

Pengenalan

Fakulti Sains Kesihatan menawarkan bidang pengajian dan penyelidikan yang seimbang kepada pelajar siswazah yang berhasrat mengikuti pembelajaran pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sebagai peneraju utama pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Sains Kesihatan, fakulti menawarkan pakej pengajian pascasiswazah yang komprehensif melalui 23 program sarjana dan doktor falsafah.

Kembangkan kerjaya anda di peringkat seterusnya dengan mengikuti program siswazah yang ditawarkan. Kami mempunyai semua yang anda perlukan untuk terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang Sains Kesihatan. Semua kursus siswazah yang dibangunkan adalah untuk memenuhi keperluan industri dan badan profesional. FSK mempunyai hubungan yang erat dengan pihak industri, badan kerajaan dan juga pelbagai institusi yang berkaitan.

Program yang dibangunkan ini juga diketuai dan disampaikan oleh kakitangan akademik yang pakar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pelajar juga berpeluang untuk bekerjasama dengan penyelidik tersohor FSK. FSK juga menggalakkan penyelidikan multidisiplin serta mempunyai potensi inovatif yang diiktiraf di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.


Objektif Program Siswazah FSK

Matlamat dan objektif pengajian siswazah di Fakulti Sains Kesihatan adalah seperti berikut:

Mari Sertai kami

Fakulti Sains Kesihatan mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian siswazah di FSK.

Terdapat 2 jenis pengajian peringkat siswazah yang ditawarkan di FSK iaitu:

1- Secara kerja kursus (Sarjana sahaja)

2- Secara penyelidikan (Sarjana dan Doktor Falsafah)

Mohon Segera

Pengambilan untuk program pengajian secara kerja kursus dibuka sekali setiap tahun bulan April sehingga Jun untuk pengambilan bulan September

Pendaftaran untuk program pengajian siswazah secara penyelidikan adalah dibuka sepanjang tahun.

Sertai kami sekarang. Permohonan boleh dibuat melalui dalam talian melalui pautan  http://guest.ukm.my

undergraduate14