[28/11/2021] Peringatan Mesra Konvokesyen Ke-49 UKM & Pengambilan Skrol & Transkrip

Graduan Tahun 2021

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape)

(Sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kembangan Pendidikan)

 

PERINGATAN MESRA KONVOKESYEN KE-49 UKM & PENGAMBILAN SKROL DAN TRANSKRIP

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seperti yang saudara/i sedia maklum, semua maklumat dan tindakan konvokesyen perlu dirujuk di laman web konvo www.ukm.my/konvo.

Sebagai ingatan, disenaraikan makluman penting untuk perhatian dan tindakan saudara/i seperti berikut :

1.   Semasa Majlis Konvokesyen berlangsung, semua pelajar dikehendaki membawa Kad Matrik.
2.  Maklumat Urusan Pemulangan Jubah dihttp://www.ukm.my/konvo/urusan-pemulangan-jubah/
3.  Pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip seperti berikut:

 3.1)     Sebelum hadir mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik, sila pastikan:

· status Covid-19 pada aplikasi MySejahtera telah dikemaskini;

· telah memulangkan jubah graduan;

· telah menjelaskan semua hutang (jika berkenaan)  dan

· telah melengkapkan Sistem Maklumbalas Graduan di capaian http://pkp.ukm.my/smg-konvo

3.2)   Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan hutang dengan universiti  sebelum mengambil skrol skrol dan transkrip. Tarikh pengambilan dokumen tersebut bermula pada tarikh sidang konvo fakulti masing-masing (sila rujuk susunan sidang di laman web konvokesyen).

3.3)   Sila bawa bersama :

  • Slip Pemulangan Jubah

3.4)   Lokasi Pengambilan Skrol Ijazah & Transkrip :

               Tempat :  Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKM Shape), Aras    

                                 1, Bangunan Wawasan, UKM Bangi.

              Tarikh :    Bermula 28 November 2021, mengikut sidang konvo fakulti masing-masing sehingga

                                 16 Disember 2021

              Masa   :   9.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)   

                                9.00 pagi – 4.00 petang (Sabtu & Ahad) kecuali pada 28/11/2021 (11.00 pagi – 4 petang)

  

3.5)     Saudara/i perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, mengekalkan  penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan  tidak  dibenarkan  berkumpul.

4. Pemulangan Jubah/Mengambil Skrol Melalui Wakil :

4.1) Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan dan mengambil skrol ijazah, sila lengkapkan Borang Surat  Kuasa Pengambilan Skrol dan  bawa bersama semasa pengambilan skrol ijazah dan transkrip.

4.2) Sekiranya graduan memohon diposkan skrol ijazah dan transkrip, sila lengkapkan Borang Kuasa Pengambilan Skrol beserta bayaran dan hantar ke UKMShape. Borang Surat Kuasa Pengambilan Skrol Ijazah https://www.ukm.my/konvo/pengambilan-skrol-ijazah-dan-transkrip/

 

Adalah diingatkan, hanya GRADUAN atau WAKIL yang telah lengkap vaksinasi sahaja yang dibenarkan untuk memasuki kampus untuk hadir mengambil skrol, meminjam dan memulangkan jubah serta lain-lain urusan konvokesyen.

Sekian, untuk makluman dan tindakan saudara/i selanjutnya. Terima kasih.