Kursus Bahasa Melayu

Senarai Kursus yang Ditawarkan

 

Kod                                   Nama Kursus

LMCM1083                 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa

LMCM1093                 Bahasa Melayu Untuk Pelajar Nusantara

 

Peraturan Pengambilan Kursus

 

  1. Semua pelajar pascasiswazah luar negara wajib mengambil dan lulus kursus bahasa Melayu. Gred kelulusan untuk para pelajar pascasiswazah ialah Gred C iaitu gred minimum sebagai syarat untuk bergraduat.
  2. Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu atau bahasa Melayu bukan bahasa utama negara pelajar (bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi) dikehendaki mengambil kursus LMCM1083.
  3. Pelajar yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama (penutur natif) seperti negara Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand bahagian Selatan dikehendaki mengambil kursus LMCM1093.
  4. Penawaran kursus baharu ini bermula pada Semester 1, Sesi 2019-2020.
  5. Bermula Semester 1, Sesi 2019-2020 juga, pelajar antarabangsa Universiti Kebangsaan  Malaysia hanya perlu mengambil SATU (1) kursus sahaja sama ada kursus LMCM1083 atau LMCM1093 (tertakluk kepada surat tawaran kemasukan). Walau bagaimanapun, pelajar lama atau pelajar sesi kemasukan sebelum ini masih tertakluk kepada peraturan sedia ada iaitu perlu mengambil DUA (2) kursus yang disyaratkan sama ada LMCM1013 dan LMCM1023 atau LMCM1053 dan LMCM1063 sebagai syarat untuk bergraduat.

 

 

Kandungan Kursus Bahasa Melayu

 

LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar pascasiswazah antarabangsa. Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berbahasa asas yang merangkumi kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis dalam konteks kehidupan seharian menggunakan bahasa Melayu. Kursus ini menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif, tutorial, pembelajaran kendiri dan penyertaan dalam program bahasa.

 

This course is offered to international postgraduate students. It aims to enable students to acquire the basic language skills of listening, speaking, reading and writing in the context of everyday use of the Malay language. This course adopts an interactive learning approach, tutorial, self learning and participation in a language programme.

 

Bacaan Asas

 

Kamarul Afendey Hamimi. 2015. Bahasa Melayu Komunikasi. Selangor: Oxford Fajar.

Malay Phrase Book & Dictionary. 2014. Edisi Keenam. UK: Berlitz Language.

Othman Puteh, Talib Abdullah & L. Shirley. 2014. Kamus Bergambar Generasi Baharu BM-BI-BC. Edisi Kelapan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar

Susan Keeney. 2014. Malay Pharasebook & Dictionary. US: Lonely Planet.

Thomas G.oey. 2012. Everyday Malay: Phrase Book & Dictionary. Edisi Kedua. Hong Kong: Periplus Editions

Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah (pnyt). 2015. Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa. Bangi Selangor: Penerbit UKM.

 

LMCM1093 Bahasa Melayu Untuk Pelajar Nusantara

Kursus Bahasa Melayu Malaysia untuk Pelajar Nusantara ini ditawarkan kepada semua pelajar pascasiswazah antarabangsa dari Nusantara. Pelajar luar Nusantara yang memiliki kemahiran yang setara juga boleh mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar memperoleh kemahiran lisan, bertulis dan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu gaya Malaysia yang baik dan betul. Pelajar akan dilatih untuk menggunakan bahasa Melayu dengan sewajarnya mengikut konteks dan situasi di Malaysia untuk memberi komen, tafsiran dan pendapat maklumat penting berdasarkan pelbagai sumber. Pelajar juga diberikan latihan asas dalam menulis surat rasmi dan laporan. Kursus ini menggunakan tutorial, pendekatan pembelajaran interaktif, pembelajaran kendiri dan penyertaan dalam aktiviti khidmat sosial.

 

This course is offered to all international postgraduate students from Nusantara.This course is also offered to those students with similar proficiency from outside of Nusantara. It aims to train students to acquire the verbal, written and communication skills using good and correct Malay language to use. Students will be coached to use Malay language appropirately according to Malaysian context and situation to provide critical information comments, interpretations and opinions based on various resources. Students are also given basic training in writing formal letters and reports. This course adopts an interactive learning approach, tutorials, self-learning and paricipation in a social service activity.

 

Bacaan Asas

 

Asmah Haji Omar.  Penggunaan Bahasa Dalam Surat Rasmi Bahasa Dalam Komunikasi.  2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin.  2016. Petunjuk Bahasa.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi.  2016.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood.  2016. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rusdi Abdullah.  2016. Kamus Kata Bahasa Melayu Malaysia – Bahasa Indonesia.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkifli Mohd Top.  2017. Menajamkan Tatabahasa.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.