Karnival Simfoni Citra 2026 yang telah berlangsung pada 18 Jun 2026 menghimpunkan 3 Kursus Citra Wajib (Penghayatan Etika dan Peradaban, Kursus Integriti dan Anti Rasuah, serta Keusahawanan dan Invosi) dan 2 Kursus Citra Elektif (Kesukarelawan dan Khidmat Bakti serta Pengurusan Emosi) dalam satu program. Karnival ini juga melibatkan penyertaan 55 orang murid Tahun 5 SK Jalan 3 dan juga hampir 300 orang pelajar UKM. Penglibatan pelajar tahun 5 ini membuktikan bahawa pendekatan Kursus Citra bukan sahaja relevan di peringkat universiti, malah mampu dikongsikan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Program ini turut menyaksikan majlis tandangan LOI antara Pusat Pengajian Citra Universiti dan SK Jalan 3.
Program dirasmikan oleh Prof. Nazri Muslim, Timbalan Dekan Akademik Pusat Pengajian Citra Universiti. Turut hadir Puan Suminah binti Kasolang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan 3 dan Penguasa Kanan Tuan Wan Noorul Hisyam Awang @ Nawi, Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kakitangan akademik CITRA (Dr. Wardah Mustafa Din, Dr. Hafiz Hamsan, Dr. Nurul Syakirah Nazri, Dr. Asmadayana Hasim, Dr. Asma Ramli, Dr. Fadhli Shah Khaidzir, Dr. Syumi Rafida Abdul Rahman, Puan Nurul Atiqah Md. Suhada, Puan Sofia Ayub dan Puan Noorhazila Mohd Hamid) yang terlibat secara langsung sebagai penasihat program bertindak dalam mengendalikan reruai dan bersama-sama membimbing para pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua kakitangan CITRA yang sudi meluangkan masa menjadi juri pertandingan dan turut hadir di tapak karnival membuktikan tanda sokongan kepada kami. Tidak lupa kepada semua yang memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang karnival ini berlangsung.




