Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Kembara Ilmu Anak Samurai

Kembara Ilmu Anak Samurai

Program Kembara Ilmu Anak Samurai dari Tokyo University of Foreign Studies dan Takushoku University bermula 8-13 Mac 2024 di Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA-UKM). Antara pengisian aktiviti pelajar ialah lawatan ke Pusat Kebudayaan UKM untuk mempelajari budaya tarian Malaysia dan lawatan ke Parlimen Malaysia untuk meninjau keunikan pentadbiran Malaysia yang disambut oleh YB Menteri. Pelajar juga berpeluang mendengar perkongsian ilmu kesenian dan kebudayaan bahasa Melayu bersama YBhg. Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan.

Program ini juga melibatkan Persatuan Mahasiswa Sains Citra (PESISTRA) yang terlibat secara langsung sebagai fasilitator sepanjang keberadaan pelajar Jepun di sini. Sepanjang di Malaysia, pelajar terlibat dengan program anak angkat, program bersama Pusat Sains Negara dan lawatan ke Institut Pendidikan Guru, Bangi.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *