Pusat Pengajian Citra Universiti | Bijaksana untuk Memperkasa

Kesihatan Mental di Tempat Kerja: Stres dan Personaliti

Kesihatan Mental di Tempat Kerja: Stres dan Personaliti

Satu sesi perkongsian kesihatan mental di tempat kerja telah diadakan anjuran Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP). Sesi ini berlangsung pada 18 September 2025, bertempat di Bilik Senat, Canselori.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr Azlan Abdul Rahim, Psikologi Kaunseling, yang membincangkan tahap-tahap stres serta kesannya terhadap fungsi individu di tempat kerja, di samping hubungan antara personaliti dan cara seseorang bertindak balas terhadap tekanan. Model kesejahteraan mental daripada keadaan berfungsi dengan baik sehingga ke situasi krisis turut diketengahkan bagi membantu warga kerja mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan dan kepentingan sokongan awal.

Diharapkan sesi ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental di tempat kerja serta menyokong usaha JKKP Citra dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan sejahtera.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *