22-23 Disember 2025 : CITRA-UKM dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM telah menerima kunjungan rasmi daripada 54 pelajar dan 9 pensyarah dari Hunan University of Technology (HUT), China dalam satu program pertukaran budaya dan kolaborasi akademik.
Program bermula dengan majlis sambutan di Persada Canselori, diikuti lawatan ke Galeri Canselori, lawatan sekitar kampus, kunjungan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dan lawatan ke fasiliti eSport UKM.
Antara pengisian lawatan ini ialah sesi interaktif bersama pelajar SMSC, perkongsian kepakaran akademik, bengkel kraftangan batik, pengenalan permainan tradisional Melayu dan persembahan kebudayaan antara UKM dan HUT.
Turut hadir dalam program lawatan ini ialah Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dekan, Dr. Daing Zairi Ma’arof, TD HEJIM dan pensyarah serta guru-guru bahasa CITRA-UKM.
Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antara UKM dan HUT, malah turut memperkenalkan warisan budaya Malaysia kepada delegasi antarabangsa yang membuktikan komitmen UKM dalam memperluas rangkaian globalnya melalui pelibatan aktif dengan institusi antarabangsa.



