Pusat Pengajian Citra Universiti | Bijaksana untuk Memperkasa

Majlis Perasmian Projek Kesukarelawan Sulam Bangkuthon UKM @ Denai Sungai Langat

Majlis Perasmian Projek Kesukarelawan Sulam Bangkuthon UKM @ Denai Sungai Langat

Pada 17 Januari 2025, telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Kesukarelawan Sulam Bangkuthon UKM @ Denai Sungai Langat yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi UKM (Kelastarian), Prof Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud.

Program anjuran Kursus LMCR1102 Kesukarelawan Khidmat Bakti dan KKAB2313 Teknologi Bahan dan Binaan 2 telah berlangsung sepanjang Semester 1 2024/2025. Kedua-dua kursus ini telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah daripada Pusat Pengajian Citra Universiti (Dr. Wardah Mustafa Din dan Dr. Nur Nurul Hanis Aminuddin Jafry) dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (Dr. Nur Athirah Khalit dan Dr. Suraya Sharil).

Projek Kesukarelawan Sulam Bangkuthon ini melibatkan lebih kurang 100 orang pelajar dari pelbagai fakulti di UKM yang mengambil kedua-dua kursus tersebut.

Sebanyak 6 buah bangku daripada recycle hard wood yang menggunakan semula bahan terpakai telah dibangunkan dan telah berjaya diletakkan di sepanjang Denai Sungai Langat.

Projek ini telah memberi nilai tambah kepada agenda kelastarian UKM serta dapat membantu dalam membentuk kemenjadian pelajar.

Turut hadir ke Majlis Perasmian ini ialah Timbalan Dekan HEJIM Citra, Dr. Daing Zairi Ma’arof, Timbalan Dekan HEJIM FKAB, Prof. Madya. Ts. Dr. Siti Aminah Hj Osman, Prof Dato’ Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim, Timbalan President Friends of Langat River dan En. Md. Sadiq bin Kasmani, Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat.

#UniversitiWatanKita
#IlmuMutuBudi
#UKM 
#UKMSharing

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *