BENGKEL HALA TUJU STRATEGIK PPCU 2023

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Muhammad Kassim, merasmikan penutupan Bengkel Hala Tuju Strategik 2023 Pusat Pengajian Citra Universiti UKMi yang diadakan di Bangi Resort Hotel, hari ini.

Bengkel yang diadakan selama dua hari ini bertujuan untuk merangka hala tuju strategik Citra UKM bagi tahun 2023 selaras dengan aspirasi Universiti Watan dan KPI TERAS UKM. Antara agenda utama adalah perancangan strategik bagi Kursus Wajib Universiti, Kursus Citra C1-C6, kursus Bahasa Melayu dan Inggeris serta program prasiswazah dan siswazah.

Hadir bersama ialah Dekan Pusat Pengajian Citra Universiti, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor serta barisan pengurusan Citra UKM.

#UniversitiWatanKita #UKM #UKMSharing