BENGKEL KESEDARAN HARTA INTELEK PPCU 2023

Hak cipta produk dan harta intelek merupakan antara hasil penyelidikan dan kepakaran akademik para pensyarah dan guru bahasa yang perlu diberi perhatian. Atas gagasan ini, satu bengkel Kesedaran Harta Intelek telah diadakan pada 21 Februari 2023 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Citra Universiti, UKM. Tiga orang pegawai dari Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) hadir sebagai penceramah.

Dalam bengkel tersebut, pegawai INOVASI@UKM berkongsi perkara berkaitan harta intelek yang perlu diketahui oleh warga PPCU, termasuklah jenis-jenis produk yang boleh dijadikan sebagai harta intelek serta tatacara permohonan yang lengkap. Semoga bengkel ini dapat menyemarakkan penghasilan produk inovasi dan harta intelek dalam kalangan warga PPCU.