KAKITANGAN CITRA ANTARA DELEGASI KESUKMA KE GAKUM

Encik Muhammad Yazid Othman, kakitangan pentadbiran PPCU yang juga Penolong Setiausaha Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah menghadiri Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) Bil.3 2020-2023 mewakili UKM. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bermula 3 Februari 2023 hingga 5 Februari 2023.

Encik Muhammad Yazid menjadi antara wakil delegasi Kesatuan Kakitangan UKM (KESUKMA) untuk menyertai mesyuarat tersebut. Keahlian GAKUM adalah terdiri daripada Kesatuan-Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia. Mesyuarat ini diadakan secara berkala 4 – 5 kali setahun bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan -kakitangan yang berkhidmat di dalam Universiti Awam Malaysia.

Antara wakil dari KESUKMA yang turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah Presiden KESUKMA En. Abdul Rahman Nordin, Timbalan Presiden KESUKMA, Puan Zaiton Othman, Setiausaha KESUKMA, Puan Zaida Md. Yasir, Bendahari KESUKMA, Cik Nor Jaziha Mat Jalil.