KEBITARAAN KAKITANGAN CITRA

Tahniah diucapkan kepada En Muhammad Yazid Othman dari Pusat Pengajian Citra Universiti selaku salah seorang panel jemputan Bicara Inovasi: Inovasi Mudah, Berimpak Tinggi anjuran KESUKMA. Penglibatan En. Yazid selaku panel dalam program ini menunjukkan kebitaraan kakitangan Citra yang sentiasa diiktiraf oleh universiti.

Bicara Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi kakitangan UKM/penjawat awam dalam mencetus idea bagi menjalankan Inovasi. Berlangsung pada 8 Mac 2023, bicara ini telah mengupas persoalan mengenai inovasi dalam kalangan kakitangan Am universiti serta peluang-peluang untuk warga kakitangan Am UKM menghasilkan inovasi.