KOLOKIUM PRASISWAZAH: CADANGAN PROJEK MERCU (Capstone Project) SMSC

Tarikh: 8 dan 9 Februari 2023 (Rabu & Khamis)

Masa: 9 am – 5 pm (8 Feb) / 9 am – 1 pm (9 Feb)

Platform: Zoom

Kolokium ini menjadi platform bagi para pelajar Sarjana Muda Sains Citra yang sedang mengikuti pembelajaran berasaskan kerja (WBL) di industri terpilih untuk memmbentangan cadangan projek mercu tanda (capstone project) mereka. Pembentangan telah dinilai oleh pensyarah akademik dan jurulatih industri yang telah dilantik. Menerusi kolokium ini, projek-projek yang dibentang telah dinilai dan diberikan cadangan serta komen untuk penambahbaikan.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua Program Sarjana Muda Sains Citra, Jawatankuasa Penyeliaan WBL dan Capstone, para penyelia, jurulatih industri, dan moderator yang telah bertugas. Tahniah kepada para pembentang!