LATIHAN KAWAD KEBAKARAN PPCU

Tarikh: 13 Januari 2023 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU)

Latihan kawad kebakaran tahun 2023 telah diadakan di perkarangan PPCU pada 13 Januari 2023 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran di Citra berfungsi dengan baik. Latihan Kawad Kebakaran telah disusuli dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api oleh Tuan Fadzli daripada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi. Latihan dan demonstrasi ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga PPCU terhadap aspek keselamatan ketika bertugas.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) CITRA mewakili PPCU merakamkan setinggi penghargaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH) UKM, Bahagian Keselamatan UKM, Pusat Kesihatan UKM, dan semua kakitangan dan pelajar/pelawat yang terlibat