LAWATAN PENANDA ARAS DARI FUPL, UNISZA

Delegasi dari Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah berkunjung ke Pusat Pengajian Citra Universiti, UKM pada 20 Januari 2023 untuk lawatan penanda aras. Delegasi yang diketuai oleh Prof. Dr. Zuhairah Ariff Binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UNISZA bersama kakitangan FUPL yang lain bersama PPCU yang diketuai oleh Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor, Dekan PPCU berbincang dan bertukar pendapat berkenaan kursus-kursus mata pelajaran umum serta kursus bahasa.