MAJLIS ANUGERAH DEKAN PROGRAM SARJANA MUDA SAINS CITRA

Kecemerlangan para pelajar Program Sarjana Muda Sains Citra semester 1 dan 2 sesi 2021-2022 diiktiraf melalui Majlis Anugerah Dekan pada 30 Januari 2023 di Auditorium Siswa Pusanika. Seramai 144 orang pelajar daripada kohort Tahun 1 hingga 4 telah menerima anugerah pada majlis tersebut. Seramai enam orang pelajar telah menerima Anugerah Hadiah Biasiswa Kanan Universiti. Mereka ialah:

  1. Nur Nabihah Amira Binti Mohamad Supandi – Tahun 3
  2. Muhamad Faisal Najmi Bin Hut – Tahun 3
  3. Nur Zarina Binti Zahnizan – Tahun 2
  4. Siti Aisyah Binti Mohamad Helmi – Tahun 2
  5. Nurul Izzah Nabihah Binti Isahak – Tahun 1
  6. Shurendar A/L Kannathasan – Tahun 1

Penerima Hadiah Biasiswa Kanan ini dipilih dalam kalangan pelajar yang paling cemerlang dari setiap kohort. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.