MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT BIASISWA SARJANA SAINS CITRA

Majlis Menandatangani Surat Hasrat Penajaan Biasiswa Sarjana Sains Citra & Pelancaran Program Sangkutan Industri telah dijalankan pada 9 Januari 2023 di Bilik Majlis, Bangunan Canselori. Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim hadir merasmikan majlis ini.

Pada majlis ini juga, Ino Nature Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mempunyai lebih daripada 16 tahun pengalaman dalam perniagaan pembuatan baja Bio Semi-Organic telah bersetuju untuk memberi tajaan pembiayaan pelajaran yang pertama kepada pelajar Sarjana Sains Citra.

Dalam majlis yang sama, Alumni UKM, Dato’ Lee Mok Foong yang juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Pusat Pengajian Citra Universiti dan Prof. Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, turut bersetuju untuk menempatkan pelajar Sarjana Sains Citra, buat julung kali di Trans Eco Farm Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Sky Ladder Pineapple Farm.

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Citra Universiti, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor dan Pengasas Ino Nature Sdn. Bhd., Encik Roger Saw Gee Shyang.