Majlis Ramah Mesra Warga & Jamuan Hari Raya Pusat Pengajian Citra Universiti

Tarikh: 19 Mei 2022

Masa: 11.00 pagi

Tetamu Kehormat:

Prof. Dr. Mohammad Kassim
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Abdul Wahab Mohammad
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat)

Objektif Progam:

Sesi beramah mesra bersama warga PPCU & pelajar SmSn Citra Pusat Pengajian Citra Universiti

Setelah 2 tahun negara menjalani PKP akibat pandemik wabak Covid 19, akhirnya pada tahun ini Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dapat diadakan semula. Pusat Citra Universiti, UKM telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya 2022 di perkarangan bangunan Pusat Citra Universiti. Majlis ini telah dihadiri oleh Pensyarah, Guru Bahasa, Kakitangan Pentadbiran dan juga para pelajar Pusat Citra.

 Majlis ini turut telah dihadiri oleh tetamu jemputan Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Abdul Wahab Mohammad Majlis sambutan Hari Raya Pusat Citra Universiti, UKM pada kali ini juga turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa Dr Eva Selenko dari Lougborough University, UK yang telah dilantik sebagai Visiting Scholar di Pusat Citra Universiti, UKM.
 
Bagi memeriahkan majlis, pelbagai acara telah dijalankan. Antaranya ialah persembahan nyanyian dari warga Pusat Pengajian Citra, pertandingan mengayam ketupat, cabutan bertuah, Sambutan Hari Lahir kakitangan Pusat Citra dan deklamasi sajak oleh Y.Bhg. Dekan Pusat Citra, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor.