PROGRAM GOTONG-ROYONG MENGECAT MERCU TANDA PPCU

Menyedari akan keadaan Mercu tanda CITRA yang telah uzur kerana telah lama tidak diselengara, satu usaha gotong royong untuk mengindahkannya semula telah dilakukan pada 22 Mac 2023.

Usaha murni ini telah dilaksanakan oleh barisan kakitangan Pentadbiran PPCU yang mengambil inisiatif untuk menjalankan kerja-kerja seperti membersihkan, mengilatkan dan mengecat mercu tanda tersebut bagi mengindahkan pemandangan dan imej CITRA UKM.