WAKIL PELAJAR PPCU DI AYLTLC 2023

Seramai 5 orang SISWA UKM telah mengikuti ASIAN YOUTH LEADERS TRAVEL AND LEARNING CAMP (AYLTLC) 2023 di Singapura pada 2 hingga 6 Februari 2023. Seramai 200 orang peserta dari pelbagai universiti Asean telah menyertai AYLTLC bagi siri kali ini.

Delegasi ini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah HEP-UKM. Alhamdulillah, SISWA UKM telah berjaya mengungguli beberapa pencapaian dan anugerah.

Saudara Muhammad Alif Qayyum yang merupakan Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dan juga merupakan Ketua Eksekutif Kolej Aminuddin Baki telah berjaya menerima 3 anugerah utama, Outstanding Youth Leader Award, Most Creative Award dan Team of The Year Award

Saudari Nurul Qistina Halimi, yang merupakan YDP Persatuan Mahasiswa Citra-UKM telah menerima Most Outstanding Award. Turut menerima anugerah yang sama adalah kadet Kor Suksis UKM, Saudari Atiqah Farhana yang merupakan pelajar Fakulti Sains & Teknologi dan Saudara Muhammad Zuhair Mohd Norariffin, YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Manakala, Saudari Darshini P. Chazian, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi pula menerima anugerah Most Engaging Award.

Tahniah dan Syabas buat semua SISWA UKM yang telah mengharumkan nama UKM di bumi temasik.

#siswaUKMMara

#universitiWatan