Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Pelajar CITRA-UKM Sertai Program Umap Discovery Camp 2024

Pelajar CITRA-UKM Sertai Program Umap Discovery Camp 2024

Seramai lima orang pelajar CITRA-UKM terlibat dalam program UMAP Discovery Camp 2024. UMAP Discovery Camp 2024 yang diadakan di Indonesia ini merupakan program mobiliti yang dianjurkan oleh Institut Teknologi Sepuluh Nopember. Discovery Camp ini memfokuskan kepada beberapa perkara seperti aktiviti kemanusiaan, akademik dan penyelidikan. Program yang bertaraf antarabangsa ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh pemahaman yang mendalam terhadap budaya, sejarah dan ekonomi Indonesia. Program yang berlangsung dari 17 hingga 29 Februari 2024 ini bertempat di Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia. Lima orang pelajar CITRA-UKM yang terlibat ialah, 1) Muhammad Nuur Iqmal bin Abu Bakar (A186387); 2) Muhammad Azzmier bin Roslie (A179456); 3) Alya Nur Sabrina binti Shahruddin (A195890); 4) Nur Amira binti Abdul Rahim (A192675); dan 5) Zulaikha binti Amir (A196199).

Melalui program ini, peserta dapat mempelajari pelbagai ilmu yang seterusnya akan digunakan untuk memantapkan segala gerak kerja di universiti. Program ini juga dapat mempromosi dan menaikkan nama UKM di peringkat antarabangsa sekaligus dapat menambah jaringan komunikasi dua hala antara negara.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *