Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Perbincangan Kerjasama Industri antara Pusat Pengajian Citra Universiti dengan iPay88 (M) Sdn. Bhd.

Perbincangan Kerjasama Industri antara Pusat Pengajian Citra Universiti dengan iPay88 (M) Sdn. Bhd.

Pada 26 September 2023 (Selasa) jam 11.00 pagi, Jawatankuasa Pengajian Siswazah telah mengadakan perjumpaan bersama industri iaitu iPay88 (M) Sdn. Bhd. di Pejabat Urusan mereka di Plaza Sentral bagi membincangkan perkara-perkara berikut:

1. Memperkenalkan Program Sarjana Sains Citra (SSn Citra) ke industri
2. Memberi peluang pengambilan pelajar dalam kalangan industri ke program ini
3. Memberi peluang kepada industri untuk menjadi penyelia kepada pelajar SSn Citra
4. Meneroka kerjasama baharu dengan industri

Hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak iPay88 telah memberikan beberapa cadangan untuk jalinan kerjasama lanjut terutamanya dalam membantu mempromosi Program SSn Citra dalam kalangan kakitangan mereka. Mereka juga berminat untuk mengambil pelajar Sarjana Muda Sains Citra bagi menjalankan Work Based Learning (WBL) di syarikat mereka selama setahun serta sebagai penyelia industri kepada pelajar tersebut.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh En. Chan Kok Long, Pengarah Eksekutif merangkap Profesor Adjung UKM, berserta En. Johnny Chong Chee Wai, Ketua Perkongsian dan Perhubungan Inovatif, En. Peter Ewen Davidson, Penolong Pengurus Sumber Manusia, Pn. Abhirrami Raman, Ketua Perkongsian. Manakala, dari Pusat Pengajian Citra Universiti diwakili Dr. Lim Kar Keng, Ketua Program Siswazah, Prof. Madya Dr. Mashitoh, Pensyarah Kanan, Prof. Madya Dr. Wahiza Wahi, Penolong Dekan Kualiti & Strategi, Dr. Nor Afian Yusof, Dr. Nurul Hanis, Dr. Muhamad Hafiz dan Dr. Nurul Syakirah.

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *