Persidangan Komuniti ASEAN 2.0 (ASCON2.0) yang diadakan di Dewan Tun Canselor Abdul Razak menghimpunkan pembentang termasuk ahli akademik, pembuat dasar, serta komuniti dari dalam dan luar negara.
Persidangan ini merupakan anjuran Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA_UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Dengan tema “Keterangkuman dan Kelestarian”, persidangan ini berperanan memperkasakan dan melahirkan komuniti ASEAN yang berinovasi dan mencapai kemajuan holistik dalam semua aspek.
ASCON 2.0 dirasmikan oleh Felo DiRaja UKM, Tunku Zain Al-’Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Pada majlis ini juga, Naib Canselor, Prof. Dr. Sufian Jusoh turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Malaysian Universities in the ASEAN Century: Leadership, Excellence and Regional Impact”.
Hadir sama, Duta Timor-Leste ke Malaysia, Lisualdo Gaspar, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan CITRA-UKM, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh dan Pengerusi ASCON 2.0, Prof. Madya Dr. Mashitoh Yaacob.



