21 Disember 2025 : CITRA-UKM dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Asy-Syakirin, PPR Kg. Muhibbah, Persatuan Penduduk PPR Kg. Muhibbah, Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKMBikers, Pusat Kesihatan UKM, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menganjurkan program Sunathon@Kg. Muhibbah, Bukit Jalil, Kualu Lumpur. Program ini merupakan salah satu jaringan warga CITRA-UKM bersama komuniti dalam memperkasakan khidmat masyarakat. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama strategik daripada Poliklinik UKM Kesihatan (Puncak Alam). Seramai 38 anak-anak daripada keluarga golongan B40 telah menyertai program ini.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Nayan Ramli, Timbalan Ketua UMNO, Bahagian Seputeh dan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro Naib Canselor (Penjanaan). Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Lokman Noor Adam, Pengerusi Permodalan RISDA Berhad.
Berberapa reruai juga telah dibuka untuk penduduk setempat iaitu reruai kenali ubat, reruai pemeriksaan kesihatan, reruai latihan CPR dan reruai kesedaran antidadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Bomba Malaysia untuk acara simbahan air kepada peserta.




