UKM BANGI, 11 April 2026 – Bicara Profesor anjuran Persatuan Mahasiswa Citra (PESISTRA) dengan kerjasama Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA – UKM) telah berjaya menarik penyertaan seramai 450 pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Program yang bertemakan “Pemimpin Masa Hadapan: Membina Personaliti dan Kepimpinan Mahasiswa” ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Khairul Anwar @ Johari Bin Mastor, Profesor Kehormat CITRA. Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan kepentingan pembinaan personaliti diri serta ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam kalangan mahasiswa sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan. Penceramah turut menekankan bahawa personaliti yang baik bukan sahaja membantu dalam akademik, malah memberi kelebihan dalam kerjaya dan kehidupan seharian.
Pogram ini juga berkongsi mengenai soal selidik personaliti yang boleh dijawab oleh pelajar bagi membantu mereka mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Melalui pendekatan ini, pelajar dapat memahami kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya memperbaiki potensi diri ke arah menjadi pemimpin yang berkesan.Penceramah turut menjelaskan bahawa personaliti seseorang dapat dilihat melalui persekitaran serta kehidupan seharian.Selain itu, program Bicara Profesor Siri 2 ini menerima maklum balas yang sangat positif daripada kesemua peserta. Antara nasihat utama yang paling dicaknai oleh pelajar ialah agar tidak menjadi hamba kepada nafsu dan kealpaan.
Penganjuran program ini selari dengan usaha universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai nilai kepimpinan dan sahsiah yang tinggi.




