Syarat Kemasukan
Sarjana Persuratan
Sarjana Muda Diiktiraf
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75 atau kelulusan yang setaraf dengannya; atau
Sarjana Muda + 1 Tahun Pengalaman Kerja
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau
Sarjana Muda + 5 Tahun Pengalaman Kerja
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.00 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan penilaian dalaman yang rapi (MDD 2021); atau
Sijil Perakuan APEL MQA
Mempunyai Sijil Perakuan APEL MQA dengan mendapat Tahap 7 MQF dan lulus ujian dan/atau temu duga yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Citra Universti (CITRA UKM)