CONGARTULATION: FSK Student Excellent at Asian Youth Leaders Travel & Learning Camp (AYLTLC) 2019

Oleh: Nur Faizah Abu Bakar & PM Dr. Asmah Hamid

Februari, 2019. Dua pelajar FSK Farahana Bt Mohamed pelajar tahun 4 Program Sains Bioperubatan dan Amber Chew Jia Qi pelajar tahun 3 program Dietetik telah dihantar untuk menyertai AYLTC 2019 pada 14-18 Februari 2019 di Singapura.

Pelajar yang mewakili FSK UKM ke AYLTLC 2019  Farahana (kiri) dan Amber Chew (kanan)

AYLTLC merupakan perhimpunan pemimpin pelajar daripada universiti terkemuka di dunia. Program ini telah mendapat penyertaan daripada 17 negara Asia yang lain seperti China, Filipina, Vietnam, Jepun, Korea, Hong Kong, Indonesia, Ukraine, Rusia, Thailand, India, Mesir, Macau, Taiwan. Mongolia dan Malaysia. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk membentuk jaringan dengan pemimpin pelajar daripada luar negara dan membentuk diri peserta menjadi pemimpin yang cemerlang di masa hadapan.

     Aktiviti para peserta di AYLTLC 2019

Selain itu, program ini juga menjadi platform kepada peserta mempelajari kejayaan negara Asia yang lain yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbilang bahasa dan budaya.  Lebih manis lagi kedua-dua wakil FSK UKM ini telah berjaya menggondol 3 anugerah iaitu, Oustanding Youth Leader award dan Most Engaging Award  oleh Saudari Farhana Bt Mohamad dan Best Speaker Award oleh Saudari Amber Chew Jia Qi. Fakulti merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada kedua-dua pelajar dan diharap dapat meneruskan kecemerlangan di masa hadapan. Kejayaan ini diharap dapat menyuntik semangat kepada pelajar FSK yang lain untuk mengikut jejak kedua-dua mereka. #proudFSK

                                                                          Pelajar bersama anugerah yang diterima