Aktiviti SDG@FSK 2026
15th International Symposium of Health Sciences, i-SIHAT 2026
23 & 24/6/2026
Objektif
Menyediakan platform antarabangsa bagi perkongsian perkembangan terkini dalam sains kesihatan, memajukan penyelidikan kesihatan, memupuk inovasi digital serta membina kerjasama global bagi menangani cabaran kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Objective
To provide an international platform for sharing the latest developments in health sciences, advancing health research, fostering digital innovation, and building global partnerships to address health challenges and improve community well-being.
International Allied Health Conference In Innovation & Excellence , i-ACHIEVE 2026
16/6/26
Objektif
Menyediakan platform yang menghubungkan penyelidikan, inovasi dan aplikasi dunia sebenar dengan memperkasa inovator dalam aspek pembangunan teknologi, pensijilan, pembentukan syarikat pemula, pembiayaan, jaringan industri dan pengkomersialan inovasi kesihatan
Objective
To provide a platform that bridges research, innovation and real-world application by empowering innovators in technology development, certification, startup development, funding opportunities, industry networking and the commercialisation of health innovations.
Program Jangkauan Komuniti (Kembara Sihat) 5.0
10/6/26
Objektif
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga ASiS mengenai penjagaan kesihatan melalui khidmat serta saringan kesihatan, di samping memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam 11 program prasiswazah yang ditawarkan oleh FSK UKM.
Objective
To provide community health services to ASiS teachers, staff and students, enhance their knowledge and awareness of the importance of healthcare, and introduce the 11 undergraduate programmes offered by FSK UKM.
Lawatan Penanda Aras FSK UKM ke Pusat Transformasi OKU USM–MAIK dan Program Return to Work (RTW), HPUSM
13/1/26
Objektif
Menanda aras model perkhidmatan komprehensif untuk golongan OKU bagi mengenal pasti amalan terbaik yang boleh diadaptasi oleh FSK UKM, khususnya dalam pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran OKU serta rehabilitasi yang menyokong individu kembali bekerja dan menjalani kehidupan yang produktif.
Objective
To benchmark service delivery and identify best practices from the USM–MAIK Centre for Persons with Disabilities Transformation and HPUSM Return to Work Programme that can be adapted in developing comprehensive services for persons with disabilities at UKM.
Program Misi Membantu Anak Teroka Aspirasi (MATA)
13/6/26
Objektif
Menyediakan pemeriksaan kesihatan mata secara komprehensif kepada murid pendidikan khas penglihatan bagi membantu mengoptimumkan fungsi penglihatan mereka untuk menyokong pembelajaran, di samping meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan mata dan alat bantu penglihatan.
Objective
Providing comprehensive eye health examinations for visually-impaired special education students to help optimize their visual function to support learning, while enhancing access to eye care services and visual aids.
Program Kesedaran Kesihatan Komuniti / Pameran Kesihatan Komuniti – Biomedical Volunteering
Jan 2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kesihatan masyarakat melalui pendidikan dan saringan kesihatan, khususnya berkaitan pencegahan penyakit tidak berjangkit dan amalan gaya hidup sihat, sambil memberikan pengalaman pembelajaran berasaskan khidmat kepada pelajar Sains Bioperubatan.
Objective
Enhancing community health awareness and knowledge through health education and screenings, particularly regarding the prevention of non-communicable diseases and healthy lifestyle practices, while providing service-learning experiences to Biomedical Science students.
Program Mobiliti Akademik Antarabangsa FSK UKM–Universitas Sriwijaya (UNSRI), Indonesia
18 /7/ 2026
Objektif
Memperkukuh jaringan akademik antarabangsa UKM–UNSRI melalui perluasan kerjasama dalam penyelidikan, inovasi serta mobiliti pelajar dan pensyarah, di samping meningkatkan perkongsian ilmu dan peluang pembangunan penyelidikan bersama dalam bidang kesihatan.
Objective
Strengthening the UKM–UNSRI international academic network through the expansion of collaboration in research, innovation, as well as student and lecturer mobility, while enhancing knowledge sharing and joint research development opportunities in the field of health.
Program Intai Komuniti Sihat 2026 – “Persekitaran Sihat, Generasi Hebat”
25/6/2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran remaja tentang hubungan antara kesihatan persekitaran, kesihatan awam dan keselamatan pekerjaan serta memupuk amalan hidup lestari agar golongan muda mampu memainkan peranan aktif dalam menjaga kesejahteraan diri, komuniti dan alam sekitar.
Objective
To enhance adolescents’ awareness of the interrelationship between environmental health, public health and occupational safety, while promoting sustainable practices that empower young people to contribute actively to their own well-being, their communities and the environment.
Program Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas di PAWE Sungai Tua, Selayang
30/4/2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran dan pemantauan kesihatan warga emas melalui saringan kesihatan, penilaian fungsi fizikal, konsultasi dan intervensi fisioterapi, di samping memberi pengalaman pembelajaran klinikal berasaskan komuniti kepada pelajar Fisioterapi UKM.
Objective
Enhancing health awareness and monitoring among senior citizens through health screenings, physical function assessments, physiotherapy consultations, and interventions, while providing community-based clinical learning experiences to UKM Physiotherapy students.
Program Kesedaran Strok Berulang FSK UKM–NASAM Ampang
27/1/2026
Objektif
To enhance the knowledge of stroke patients and caregivers regarding the risk of recurrent stroke, early sign detection, preventive measures, and the importance of continuous rehabilitation, while building participants’ capacity to practice care strategies and safe physical activities in daily life.
Objective
135 senior citizens directly benefited through health risk factor screenings, physical capacity assessments, as well as physiotherapy consultations and interventions that helped them understand their respective health status and physical function. At the same time, 33 UKM Physiotherapy students gained practical experience in geriatric assessment, communication with senior citizens, and community-based service delivery. The program also strengthened university–local authority–health sector–community collaboration in supporting healthy aging.
Program Minggu Kesedaran Kesihatan Mental “Secangkir Teh Bersama Minda”
21/4/2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran dan pemahaman mahasiswa mengenai kesihatan mental, menggalakkan ekspresi diri dan keterbukaan dalam berkongsi emosi, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mendapatkan sokongan dan mengurus tekanan secara sihat.
Objective
135 senior citizens directly benefited through health risk factor screenings, physical capacity assessments, as well as physiotherapy consultations and interventions that helped them understand their respective health status and physical function. At the same time, 33 UKM Physiotherapy students gained practical experience in geriatric assessment, communication with senior citizens, and community-based service delivery. The program also strengthened university–local authority–health sector–community collaboration in supporting healthy aging.
Program Penerbitan Manuskrip dan Penulisan Popular
21 /4/ 2026
Objektif
Memperkukuh kompetensi warga CORE dalam penulisan dan penerbitan ilmiah serta komunikasi ilmu kepada masyarakat melalui pembangunan kemahiran menyediakan manuskrip berkualiti, memilih jurnal yang sesuai dan menghasilkan penulisan popular yang mudah difahami.
Objective
To strengthen the competency of CORE members in scholarly writing, publication, and public knowledge communication by developing skills in preparing quality manuscripts, selecting appropriate journals, and producing accessible popular writing
Program Intervensi Pemakanan Komuniti di Pusat Warga Emas Lecadia
17/6/2026
Objektif
Meningkatkan pengetahuan dan amalan pemakanan sihat dalam kalangan warga emas serta menangani risiko malpemakanan melalui pendidikan, kaunseling pemakanan dan cadangan penambahbaikan penyediaan makanan yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan dan fungsi warga emas.
Objective
To enhance knowledge and healthy eating practices among senior citizens and address the risk of malnutrition through education, dietary counseling, and recommendations for meal preparation improvements tailored to the health and functional needs of senior citizens.
Sumbangan Peralatan Klinikal Medicara Sdn. Bhd. dan Yayasan Wiba Prima kepada Pusat HEARS, FSK UKM
11/8/ 2026
Objektif
Memperkukuh kapasiti perkhidmatan klinikal, latihan dan pendidikan di Pusat HEARS melalui penyediaan peralatan klinikal yang menyokong rawatan berkaitan telinga, pendengaran dan pertuturan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran dan latihan klinikal pelajar.
Objective
To strengthen clinical service, training, and education capacity at the HEARS Centre through the provision of clinical equipment supporting treatments related to ear, hearing, and speech, as well as enhancing students’ learning experience and clinical training
Program Mobiliti Akademik dan Pendedahan Klinikal Bunkyo Gakuin University–UKM / Bunkyo Gakuin University–UKM Academic Mobility and Clinical Exposure Programme
26/2 -11/3/ 2026
Objektif
Memberikan pendedahan kepada pelajar antarabangsa mengenai sistem rehabilitasi, penjagaan kesihatan komuniti dan pendekatan multidisiplin yang diamalkan di Malaysia, di samping memperluas pengalaman pembelajaran klinikal dan perspektif global dalam bidang rehabilitasi.
Objective
To expose international students to Malaysia’s rehabilitation system, community healthcare and multidisciplinary approaches, while broadening their clinical learning experiences and global perspectives in rehabilitation.
Program JOM SIHAT: Duta Kecil Kesihatan dan Minda Sihat Fasa 2 / JOM SIHAT Programme: Young Health and Mental Well-being Ambassadors – Phase 2
27/8/2026
Objektif
Memperkasa literasi kesihatan dan pembangunan kendiri kanak-kanak serta remaja terpinggir melalui pendidikan interaktif berkaitan kesihatan mental, pengurusan emosi, kemahiran daya tindak dan kemahiran membantu rakan, di samping meningkatkan keyakinan diri dan pendedahan kepada bidang Sains Kesihatan.
Objective
To strengthen health literacy and self-development among underserved children and adolescents through interactive education on mental health, emotional management, coping strategies and peer-support skills, while building self-confidence and increasing exposure to the Health Sciences.
Program Jom Sihat – Fasa 2: Penyiasat Forensik Cilik / Jom Sihat Programme – Phase 2: Junior Forensic Investigators
27/8/2026
Objektif
Memberikan pendedahan dan pengalaman pembelajaran sains forensik kepada kanak-kanak terpinggir melalui pendekatan yang mudah diakses, interaktif dan menyeronokkan, di samping membina keyakinan diri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kesejahteraan minda.
Objective
To provide underserved children with exposure to and experiential learning in forensic science through an accessible, interactive and engaging approach, while fostering self-confidence, problem-solving skills and mental well-being.
Penyerahan sumbangan peralatan klinikal HOYA VisuReal Moveᴬᴵ kepada Klinik Optometri, FSK UKM
11/9/2026
Objektif
Memperkukuh perkhidmatan klinikal dan pendidikan Optometri FSK UKM melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya bagi meningkatkan ketepatan pengukuran parameter sebelum tempahan cermin mata, di samping memberi pendedahan langsung kepada pelajar terhadap teknologi terkini dalam amalan profesional optometri serta memperkukuh hubungan antara universiti, alumni dan industri.
Objective
To strengthen clinical services and optometry education at FSK UKM through the use of artificial intelligence (AI) technology, particularly to improve the accuracy of parameter measurements prior to spectacle ordering, while providing students with direct exposure to current technologies in professional optometry practice and strengthening university–alumni–industry engagement.
MACB–CODTIS Basic Statistics in Clinical Laboratory Workshop 2026
17-18/9/2026
Objektif
Meningkatkan kompetensi profesional dalam analisis dan interpretasi data makmal klinikal melalui penguasaan statistik asas dan penggunaan SPSS, di samping memperkukuh kerjasama antara akademia, persatuan profesional, industri dan sektor kerajaan dalam pembangunan kapasiti tenaga kerja makmal klinikal.
Objective
To strengthen participants’ knowledge and skills in applying basic statistics relevant to clinical laboratory practice, supporting more accurate analysis, interpretation and reporting of laboratory data.
CoPHES Laksanakan Saringan Pendengaran Murid Prasekolah, Perkukuh Usaha Pengesanan Awal Masalah Pendengaran / CoPHES Conducts Hearing Screening for Preschool Children, Strengthening Early Detection of Hearing Problems
4-6/2/2026
Objektif
Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan warga FSK melalui saringan kesihatan, pengesanan faktor risiko dan intervensi gaya hidup berstruktur selama enam bulan, dengan penekanan kepada pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan pemantauan kesihatan secara berkala.
Objective
To improve the health and well-being of the FSK community through health screening, risk-factor identification and a structured six-month lifestyle intervention, with emphasis on healthy nutrition, physical activity and regular health monitoring.
Program Mobiliti Antarabangsa Fisioterapi UKM–University of Santo Tomas / UKM–University of Santo Tomas International Physiotherapy Mobility Programme
2-27/2/2026
Objektif
Memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap aplikasi sains dalam rawatan dan pemulihan melalui penempatan di pelbagai fasiliti kesihatan di Malaysia, di samping membolehkan perbandingan protokol rawatan serta memperkukuh pertukaran ilmu dan kerjasama fisioterapi antarabangsa.
Objective
To provide students with direct exposure to the application of science in treatment and rehabilitation through placements at various Malaysian healthcare facilities, while enabling comparison of treatment protocols and strengthening international knowledge exchange and physiotherapy collaboration.
Community Outreach Program: Pendidikan Pemakanan Pesakit Hemodialisis / Community Outreach Programme: Nutrition Education for Haemodialysis Patients
24/3/2026
Objektif
Menjalankan penilaian keperluan diet secara komprehensif bagi mengenal pasti jurang pengetahuan, sikap dan amalan pesakit hemodialisis serta membangunkan pendidikan pemakanan yang khusus berdasarkan keperluan sebenar pesakit
Objective
To conduct a comprehensive dietary needs assessment to identify gaps in knowledge, attitudes and practices among haemodialysis patients and develop targeted nutrition education based on patients’ actual needs.
Bengkel Penghasilan Keropok Lekor Lebih Sihat dalam Kerangka 100 Hari / Healthier Keropok Lekor Production Workshop under the 100-Day Framework
6/4/2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran pengeluar keropok lekor mengenai kepentingan pengurangan garam serta memperkenalkan alternatif penggunaan garam dan kaedah pengubahsuaian proses penghasilan makanan bagi menghasilkan keropok lekor yang lebih sihat dan menyokong pematuhan sasaran maksimum garam.
Objective
To increase keropok lekor producers’ awareness of the importance of salt reduction and introduce salt alternatives and food-production modification methods to develop healthier keropok lekor and support compliance with maximum salt targets.
Minggu Obesiti Malaysia / Hari Obesiti Sedunia 2026 – Webinar Antarabangsa & Cabaran Komuniti
2-4/3/2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai obesiti sebagai isu kesihatan yang kompleks serta menyampaikan maklumat berasaskan bukti tentang faktor risiko, pencegahan dan pengurusan obesiti melalui perkongsian kepakaran profesional dan akademik.
Objective
To increase public awareness and understanding of obesity as a complex health issue and disseminate evidence-based information on obesity risk factors, prevention and management through professional and academic expertise.
Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026
April/2026
Objektif
Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara menyeluruh dengan memberikan penekanan kepada kesejahteraan psikososial, kesihatan fizikal, pengurusan tekanan dan keseimbangan kerja-kehidupan.
Objective
To enhance comprehensive awareness of occupational safety and health, with particular emphasis on psychosocial well-being, physical health, stress management and work-life balance.
Program Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak
3/6/2026
Objektif
Memberi peluang kepada pelajar memahami pengalaman emosi pesakit kanser kanak-kanak serta memupuk empati, keprihatinan dan kasih sayang, di samping meningkatkan kesedaran bahawa rawatan kanser memerlukan sokongan emosi selain rawatan klinikal.
Objective
To enable students to understand the emotional experiences of paediatric cancer patients and cultivate empathy, compassion and care, while increasing awareness that cancer treatment requires emotional support in addition to clinical care.
Camp Dream. Speak. Live. (CDSL) Malaysia 2026
31/8-4/9/ 2026
Objektif
Memperkasa kanak-kanak dan remaja yang mengalami kegagapan melalui pembangunan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, penerimaan diri dan keberanian untuk berkomunikasi, di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan menyokong untuk memahami pengalaman kegagapan serta membina hubungan dengan rakan sebaya.
Objective
To empower children and adolescents who stutter by developing self-confidence, communication skills, self-acceptance and the courage to communicate, while providing a safe and supportive environment in which they can understand their experiences of stuttering and build connections with peers.
Bengkel “Frame Football for Children and Youth with Cerebral Palsy” / Frame Football Workshop for Children and Youth with Cerebral Palsy
Feb 2026
Objektif
Memperkenalkan dan menghidupkan semula frame football sebagai sukan inklusif untuk kanak-kanak dan remaja palsi serebrum, meningkatkan kefahaman ibu bapa dan individu CP mengenai sukan tersebut serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti riadah bagi menyokong kecergasan, mobiliti dan kesejahteraan.
Objective
To introduce and revive frame football as an inclusive sport for children and adolescents with cerebral palsy, increase awareness among parents and individuals with CP, and encourage active participation in recreational activities that support physical fitness, mobility and well-being.
Siri Profesional HEARS 2026 – Bengkel Rehabilitasi Aural Dewasa
Jan 2026
Objektif
Memperkukuh pengetahuan dan kompetensi profesional ahli audiologi dan ahli terapi pertuturan-bahasa dalam pengurusan rehabilitasi aural dewasa secara holistik, merangkumi aspek klinikal, fungsian dan psikososial, serta menggalakkan kolaborasi antara profesion bagi memastikan kesinambungan penjagaan pendengaran. Dewan Kosmik
Objective
To strengthen the knowledge and professional competencies of audiologists and speech-language therapists in holistic adult aural rehabilitation, encompassing clinical, functional and psychosocial aspects, while promoting interprofessional collaboration to ensure continuity of hearing care.
Bengkel Ujian Bio Rintangan Racun Serangga dan Pengesanan Gen Rintangan / Insecticide Resistance Bioassay and Resistance Gene Detection Workshop
6-11/9/2026
Objektif
Memperkasa kepakaran penyelidik dalam penilaian kerintangan racun serangga, pengesanan mekanisme genetik vektor dan penyelidikan penyakit bawaan nyamuk melalui perkongsian kepakaran antarabangsa, latihan praktikal dan pemindahan teknologi.
Objective
To strengthen researchers’ expertise in insecticide resistance assessment, detection of vector genetic mechanisms and mosquito-borne disease research through international expertise sharing, hands-on training and technology transfer.
Program Mobiliti Akademik UKM–Universitas Airlangga / UKM–Universitas Airlangga Academic Mobility Programme
17/8-11/9/2026
Objektif
Memperkukuh kerjasama akademik dan perkongsian ilmu antara UKM dengan Universitas Airlangga serta memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan perkhidmatan klinikal, amalan fisioterapi dan ekosistem pendidikan serta perkhidmatan rehabilitasi di Malaysia.
Objective
To strengthen academic collaboration and knowledge exchange between UKM and Universitas Airlangga while exposing students to clinical service management, physiotherapy practice, and the education and rehabilitation service ecosystem in Malaysia.
BENGKEL TRAIN THE TRAINER:MARITIME FORENSIC ADVANCEDCOURSE (MFAC)
10-21/8/2026
Objektif
Meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kompetensi forensik anggota APMM serta membangunkan kapasiti dalaman organisasi melalui pendekatan Train the Trainer, supaya peserta dapat memindahkan ilmu dan kepakaran yang diperoleh kepada pegawai lain.
Objective
To enhance the forensic knowledge, technical skills and competencies of APMM personnel while developing the organisation’s internal capacity through a Train the Trainer approach, enabling participants to transfer the acquired knowledge and expertise to other officers.