Special Forum: “Understanding Sustainable Development Goals (SDG) in University Governance”

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani telah dijemput sebagai panel dalam  di Seminar Pentadbir 2023 anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Fokus utama forum ini adalah untuk membincangkan berkaitan peranan universiti awam untuk meningkatkan SDG dalam governance universiti. Ia disertai oleh seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada wakil universiti awam (UA) dan agensi kerajaan.

Mewakili pengurusan tertinggi UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal memaklumkan bahawa UKM telah menerapkan pembudayaan SDG dalam pelaksanaan tatakelolaan pentadbiran universiti agar pelaksanaan ini dapat memberi manfaat yang berimpak, bukan sahaja dalam kalangan warga UKM malahan kepada komuniti setempat.

Ahli panel yang lain adalah Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.

#UKM

#UKMSharing

#UniversitiWatanKita

Similar Posts