Certificate Presentation Ceremony to all Leaders and Committee Members

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan sebagai Peneraju SDGs, Jawatankuasa Induk & Penarafan Kelestarian dan Jawatankuasa Healthy University Rating System (HURs) Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman, Naib Canselor UKM telah menyampaikan amanat di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan sebagai Peneraju SDGs, Jawatankuasa Induk & Penarafan Kelestarian dan Jawatankuasa Healthy University Rating System (HURs) Universiti Kebangsaan Malaysia di Persada Canselori, petang ini. Dengan pelantikan ini, Naib Canselor berharap penglibatan, dokongan dan iltizam yang diberikan dapat menghasilkan satu penarafan yang tinggi untuk universiti watan ini.

Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, Ahli Lembaga Pengarah UKM hadir menyampaikan Watikah Pelantikan kepada semua peneraju SDGs dan jawatankuasa sambil disaksikan oleh YBhg. Naib Canselor dan Prof. Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat.

Turut hadir adalah Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, TNC Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar; Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan; Ahli Jawatankuasa Induk dan Penarafan Kelestarian dan Ahli Jawatankuasa Sistem Penarafan Universiti Sihat.

Similar Posts