Klinik Psikologi Kesihatan

PENGENALAN

Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK) menyediakan pelbagai perkhidmatan psikologi dan kaunseling oleh ahli psikologi klinikal, ahli psikologi, dan kaunselor yang bertauliah. Klinik ini menerima rujukan daripada hospital dan klinik kerajaan dan swasta serta rujukan persendirian.

Klinik Psikologi Kesihatan juga berfungsi sebagai Unit Kecemerlangan yang melatih pelajar-pelajar Program Sarjana Psikologi Klinikal mengendalikan dan menjalankan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

Di samping itu, KPK-FSK juga menjana kewangan dalam Tabung Amanah FSK hasil kutipan yuran dan perkhidmatan yang disediakan dan dijadikan sebagai sumber kewangan dalam aktiviti mengembangkan dan memperbaiki prasarana dan perkhidmatan Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK)

VISI

Untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mengutamakan pelanggan melalui cara kerja yang bersistematik, cekap, bertanggungjawab, beretika dan sentiasa berinovatif dalam memperkembangkan mutu kerja.

PIAGAM PELANGGAN

Kami menjanjikan layanan yang profesional, mesra, adil dan cekap.

PERKHIDMATAN

Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK) menyediakan perkhidmatan penilaian psikologi dan intervensi psikologi untuk orang dewasa, kanak-kanak, keluarga dan terapi berkumpulan.

Penilaian Psikologi merangkumi :

  • Fungsi kognitif/intelektual
  • Neuropsikologi
  • Personaliti
  • Masalah pembelajaran
  • Pertumbuhan dan perkembangan
  • Emosi
  • Fungsi adaptif
  • ADD/ADHD
  • Autisme

Perkhidmatan Psikologi diberi untuk :

  • Masalah kemurungan, kesedihan, dan penyesuaian diri
  • Masalah pengurusan tingkahlaku, pembelajaran/akademik, pertumbuhan dan perkembangan
  • Masalah perhubungan dan keluarga, Isu-isu kendiri, identiti dan keasertifan
  • Isu-isu kendiri, identiti dan keasertifan
  • Masalah kebimbangan (kerisauan tinggi, panik, obsesif-kompulsif, fobia, tekanan pascatrauma)
  • Masalah tidur, seksual, pemakanan, dan ketagihan
  • Masalah tempat kerja (perkembangan kakitangan, kepuasan, penyesuaian kerja, keselamatan dan kesihatan tempat kerja)
  • Pengurusan tekanan jiwa, kemarahan dan sakit fizikal

PROSEDUR KLINIK

Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK) menerima pelanggan dengan temujanji sahaja. Pelanggan hanya boleh dirujuk oleh doktor perubatan, ahli kesihatan mental, ahli terapi carakerja, ahli patologi pertuturan, kaunselor berdaftar, pekerja sosial, guru, atau majikan. Temujanji boleh dibuat oleh ejen merujuk melalui telefon, e-mel atau hadir sendiri ke Klinik Psikologi Kesihatan (KPK-FSK). Pelanggan dikehendaki mendaftar diri pada sesi pertama.

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran:
(a) Kad pengenalan/Pasport (Bukan Warganegara)/Sijil Kelahiran
(b) Surat jaminan majikan (tempoh sah-laku selama 1 bulan sahaja) / Kad pesara
(c) Surat sekolah Bantuan Kerajaan
(d) Surat rujukan dari agensi yang merujuk

NO. TELEFON KLINIK

 +603-2687 8198

CAJ KLINIK

Penilaian Psikologi:

  • Fungsi Kognitif: RM50 – RM200
  • Lain-lain: RM5 – RM20

Sesi penilaian psikologi bergantung kepada alat penilaian yang digunakan dan juga kemampuan pelanggan. Penilaian fungsi kognitif biasanya berlangsung selama 2 jam, manakala penilaian lain boleh berjalan dari 10 minit sehingga satu jam.

PROSEDUR RAWATAN/INTERVENSI

Pada sesi pertama, ahli terapi anda akan membuat penilaian awal untuk mendapatkan informasi tertentu untuk intervensi. Sesi pertama biasanya dijalankan selama 1 jam 30 minit. Sesi-sesi yang seterusnya biasanya berjalan selama 45 minit sesesi.

Semua ahli terapi dibantu dan diberi penyeliaan dalam semua kes klinikal oleh sekumpulan pakar psikologi klinikal yang amat bertauliah. Kes klinikal dan perbincangan kes hanya dikendalikan oleh penyelia klinikal dan pelatih sahaja. Bahan kes yang tidak digunakan lagi akan dimusnahkan untuk megurangkan risiko identiti pelanggan dari diketahui umum.

JAMINAN KERAHSIAAN

Semua ahli terapi dibantu dan diberi penyeliaan dalam semua kes klinikal oleh sekumpulan pakar psikologi klinikal yang amat bertauliah. Kes klinikal dan perbincangan kes hanya dikendalikan oleh penyelia klinikal dan pelatih sahaja. Bahan kes yang tidak digunakan lagi akan dimusnahkan untuk megurangkan risiko identiti pelanggan dari diketahui umum.

PRASARANA KLINIK

Klinik Psikologi Kesihatan mempunyai dua bilik rundingcara/konsultasi: satu untuk dewasa serta penilaian psikologi, dan satu dengan bahan permainan untuk kanak-kanak. Untuk tujuan latihan, setiap bilik rundingcara mempunyai cermin dua-hala ke bilik pemerhatian yang berkelengkapan CCTV berkomputer. Kelengkapan electronik dalam bilik pemerhatian merupakan peralatan rakaman digital berkomputer yang terunggul pada masa kini. Peralatan ini digunakan untuk merakamkan sesi-sesi rundingcara bagi tujuan latihan untuk pelatih. Klinik Psikologi Kesihatan juga mempunyai kabinet sumber psikologi seperti alat-alat ujian dan penaksiran psikologi, serta buku-buku teknikal.

WAKTU KLINIK

Klinik dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat. Setiap sesi konsultasi biasanya berlansung selama 50 minit, dengan waktu sesi pertama pada pukul 9.00 pagi dan waktu sesi terakhir pada pukul 3.30 petang.

CARTA ALIR PERKHIDMATAN


Hubungi Kami

Klinik Psikologi Kesihatan
Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abd Aziz
50300 Kuala Lumpur
 +603-2687 8198
 +603-2694 7621
 kpk_fsk@ukm.edu.my
 www.facebook.com/Klinik-Psikologi-KesihatanFSKUKM