Kejohanan Sukan Staf Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 2018 Gugusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Kampus Kuala Lumpur Juara Keseluruhan Tujuh(7) Tahun Berturut-turut

Kejohanan Sukan Staf Antara Gugusan UKM Tahun 2018 telah berlansung pada 29 Jun 2018 hingga 9 Julai 2018 Di UKM Bangi. Tujuh (7) Gugusan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan ini dan Kampus Kuala Lumpur diwakili oleh Kontijen Gugusan HCTM dan Kontijen Gugusan Kesihatan.

Majlis perasmian, penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad, Pengerusi LPU UKM pada 11 Julai 2018 (Rabu) bertempat di Stadium UKM. Seramai 210 orang atlet telah mengambil bahagian dan sebanyak 24 acara telah dipertandingkan.

1. KONTIJEN GUGUSAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) KAMPUS KUALA LUMPUR
Tahniah diucapkan kepada kontijen Gugusan HCTM yang telah memenangi 13 pingat emas, 2 pingat perak dan 5 pingat gangsa. HCTM sekaligus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Tahun 2018. Senarai acara yang dimenangi adalah seperti berikut :

Emas
1. Bola Sepak
2. Olahraga (L) & (W)
3. Bola Jaring
4. Sepak Takraw
5. Badminton Campuran
6. Ping Pong Campuran
7. Futsal Wanita
8. Futsal Lelaki
9. Boling Padang Lelaki
10. Boling Padang Wanita
11. Dart
12. Squash Wanita
13. Catur

Perak
1. Tenpin Boling Lelaki
2. Squash Wanita

Gangsa
1. Tenpin Boling Wanita
2. Hoki
3. Bola Tampar Lelaki
4. Bola Tampar Wanita
5. Tarik Tali

2. KONTIJEN GUGUSAN KESIHATAN (JALAN RAJA MUDA & JALAN TEMERLOH) KAMPUS KUALA LUMPUR
Tahniah diucapkan kepada kontijen Gugusan Kesihatan yang telah menghantar seramai 117 atlet serta memenangi 3 pingat emas, 5 pingat perak dan 10 pingat gangsa. Senarai acara yang dimenangi adalah seperti berikut :

Emas
1. Karom

Perak
1. Bola Sepak
2. Bola Jaring
3. Dart
4. Olahraga

Gangsa
1. Olahraga ( 10 gangsa)

TAHNIAH DAN SYABAS!!!