Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian MoU & MoA CITRA-UKM dan Rakan Industri

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian MoU & MoA CITRA-UKM dan Rakan Industri

Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian (MoA) dan Dokumen Persefahaman (MoU) di antara Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) dengan rakan industri telah diadakan pada 29 Januari 2024 bertempat di Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM. Majlis seumpama ini merupakan yang ketiga dianjurkan oleh PPCU selepas majlis pertama pada tahun 2020 dan kedua pada tahun 2021.

Majlis kali ini menyaksikan pertukaran
dokumen memorandum yang melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kajian Dasar IKRAM Sdn Bhd (KADRI), YES Empire Sdn Bhd dan AirAsia Academy. Majlis dihadiri oleh Dekan PPCU UKM, Prof Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani; Ahli Lembaga Pengarah KADRI, Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Prof Madya Dr. Siti Rohaida Mohamed Zainal; Director of Strategy & Innovation AirAsia Academy, Dr. Ram Raj Gopal; Pengarah Urusan YES Empire Sdn. Bhd. Encik Amirulmukminin Hamzah; dan Ketua Jabatan, Jabatan Pendaftar USIM, Encik Nasrul Hakim Ahmad. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts Dr Norazah Mohd Nordin hadir sebagai perasmi dan menyaksikan majlis yang penuh makna untuk PPCU ini.

Perjanjian yang termetrai bakal menyaksikan pelbagai aktiviti kerjasama antara PPCU dan rakan industri; termasuklah sangkutan pelajar dan penyerapan kredit, pembelajaran berasaskan kerja (WBL) dan perkongsian kepakaran serta penyelidikan.

#citraluarbiasa
#UniversitiKebangsaanMalaysia

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *