Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Program Kenali Sains Citra bersama Pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Kajang

Program Kenali Sains Citra bersama Pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Kajang

Tempat: Auditorium Siswa di Pusanika, PTSL, dan sekitar UKM

SDG: 4

12 Julai 2023. Program Kenali Citra (Kenali Citra) merupakan aktiviti promosi yang disasarkan kepada pelajar pra-universiti anjuran Alumni dan Exco Perhubungan Luar PESISTRA dengan kerjasama Jawatankuasa Komunikasi Strategik JK Kerja SmSn Citra. Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah sesi perkongsian mengenai SmSn Citra oleh Ketua Program, Dr Rozita Ibrahim, sesi bersama pelajar SmSn Citra, lawatan sekitar UKM, dan sesi perkongsian oleh alumni.


Kenali Citra disertai oleh 80 pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kajang, 5 orang guru pengiring, dan 30 orang fasilitator dari PESISTRA. Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Kanan pelajar Tingkatan 6, Dr Hawiyah Baba, serta Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Citra, Dr Wardah Mustafa Din.


Program ini sebagai usaha mempromosikan program SmSn Citra di samping mengeratkan kerjasama antara universiti dan masyarakat. Inisiatif tersebut diharap dapat menyedarkan pelajar tentang Citra dan menggalakkan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.


@kajanghighschool, semoga berjumpa lagi di acara lain!

Share Now:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *