Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA KESIHATAN PERSEKITARAN & PEKERJAAN DENGAN KEPUJIAN

Calon Warganegara

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Khusus Program

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM /Asasi

dan  

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat Matrikulasi KPM / Asasi / STPM / A-Level dalam mata pelajaran berikut:

    • Biologi / Fizik
    • Kimia
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan  sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

Calon Lepasan Diploma Setaraf

  • Memiliki Diploma berkaitan bidang Kesihatan Persekitaran /Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan /Sains Kesihatan /Diploma yang setara dari Institusi Pendidikan atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

                                                     dan

  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari semester satu (1) hingga semester akhir;

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang  bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh  permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7  untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti. 

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam
(Bukan Tahun Semasa)

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Matrikulasi KPM /Asasi

dan  

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
    • Biologi/ Fizik 