Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA DIETETIK DENGAN KEPUJIAN

Calon Warganegara

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Khusus Program

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM /Asasi

dan  

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
    • Biologi
    • Kimia
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T) 

dan

  • Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
    berikut:
    • Biologi
    • Kimia
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan  sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-LEVEL
(Bukan Tahun Semasa)/ Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Matrikulasi KPM /Asasi (bukan tahun semasa)

dan  

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
    • Biologi 
    • Kimia
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T) 

                                                             dan

  • Mendapat sekurang- kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
    ● Biologi
    ● Kimia
    ● Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan  sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Lepasan Diploma Setaraf

  • Memiliki Diploma Sains /Sains Kesihatan /Diploma yang setara dari Institusi Pendidikan  atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diiktiraf oleh Universiti, Majlis Optik Malaysia dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;

dan

  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari semester satu (1) hingga semester akhir;