Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

FTIR

Spektroskopi inframerah fourier transformasi (FTIR) merupakan peralatan analitikal untuk mengenalpasti bahan organik dan bahan  bukan organik. Teknik ini mengukur serapan radiasi inframerah dari sampel tersebut mengikut panjang gelombang tertentu. Melalui serapan jaluran inframerah ini  komponen molekul serta strukturnya boleh dikenalpasti.  Teknik ini sangat berguna untuk mengenalpasti komposisi bahan kimia yang mempunyai partikel saiz kecil  di antara 10-50 mikron serta  boleh  mengenalpasti partikel bersaiz besar di bahagian permukaan bahan.

Peralatan ini menganalisis sampel menggunakan gelombang pertengahan (4000-400 cm-1). FTIR ini dilengkapi dengan teknologi 2D dimensi analisis korelasi inframerah, di mana spektrum inframerah dari  beberapa sampel boleh digabungkan untuk mengetahui komposisi sampel yang lebih kompleks. Gabungan spektrum inframerah ini memberi informasi analisis yang lebih tepat dengan meningkatkan resolusi dan analisis juga lebih mudah ditafsirkan setelah sampel dirangsang. 2D singkroni dan 2D asingkroni spektrum menunjukkan gambaran grafik  spektrum secara keseluruhan disebabkan rangsangan luar  sampel seperti perubahan suhu dan perubahan kepekatan, hubungkait diantara perubahan spektrum dan nombor gelombang juga dapat ditentukan.

CAJ PERKHIDMATAN (per sampel)

1D ATR1D KBr2D FTIR
Warga INBIOSISRM 50RM 50RM 100
Warga UKMRM 75RM 75RM 150
Bukan warga UKMRM 100RM 100RM 175

PENEMPAHAN

Laman web rasmi kumpulan metabolomik: http://www.inbiosis.ukm.edu.my/metabolomics/v4

Email : inbiosis.service@ukm.edu.my

HUBUNGI PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Ts. Rafidah Ahmad

Pegawai Penyelidik Kanan / PIC Makmal Metabolomik

+603 8921 4566

fida.ahmad@ukm.edu.my