Institut Biologi Sistem

 Institute of Systems Biology

Makmal Bioteknologi Tumbuhan

MBT membolehkan pelajar untuk meneroka kehebatan alam semulajadi dengan kemudahan yang antaranya terkini dan terhebat di dunia. Pusat ini mengalu-alukan perspektif baru dalam bioteknologi untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembaikan kualiti makanan dan dengan penemuan metabolit sekunder yang baru bagi menggantikan ubatan sintetik. Oleh itu, pusat ini menawarkan harapan baru untuk meneroka alam yang masih belum diteroka. Makmal ini di bawah penyeliaan Profl. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin.

Di MBT, kami menawarkan kemudahan penyelidikan seperti tempat tumbesaran tumbuhan, bilik tumbesaran tumbuhan (bilik bersih), rumah kaca, plot kajian, senjata gen, laminar-air flow, peti sejuk 80° dan -20°C dan pelbagai alatan penting yang lain.

ALATAN PENYELIDIKAN

PCR Thermalcycler (BioRad / T100)

Untuk menggandakan sesuatu jujukan DNA.

Caj sewaan (sejam) : RM 7 (Warga UKM), RM 15 (Bukan Warga UKM)

Spectrophotometer (Nanodrop / ND-1000)

Untuk mengkuantitikan isipadu mikro sesuatu sampel.

Caj sewaan (sejam) : RM 10 (Warga UKM), RM 20 (Bukan Warga UKM)

Orbital shaker (Protech / 722)

Bagi pengudaraan kultur in vitro.

Caj sewaan (sejam) : RM 25 (Warga UKM), RM 50 (Bukan Warga UKM)

Orbital shaker (Stuart/SSL1)

Bagi pengudaraan kultur in vitro.

Caj sewaan (sejam) : RM 25 (Warga UKM), RM 50 (Bukan Warga UKM)

Incubator shaker (INFORS)

Memberikan agitasi pertumbuhan sel yang optimum. 

Caj sewaan (sejam) : RM 25 (Warga UKM), RM 50 (Bukan Warga UKM)

Laminar flow (Sastec)

Tempat tertutup yang direka untuk mengelakkan pencemaran sampel biologi.

Caj sewaan (sejam) : RM 50 (Warga UKM), RM 100 (Bukan Warga UKM)

HUBUNGI PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Mohd Fauzi Abd Razak

Penolong Pegawai Sains Kanan / Pegawai Insiden PBT

+603 8921 3836

fauziraz@ukm.edu.my

Nur Hazirah Mohd Johari

Pembantu Makmal

+603 8921 4566

nhazirah@ukm.edu.my